Satu tugasan pada minggu ini ialah kami perlu mencipta Bronsur dan Booklet. Bronsur dan Booklet tersebut kami perlu cipta berdasarkan tugasan kami yang lepas iaitu saya dan pasangan saya telah buat yang bertajuk kemahiran abad ke-21 menggunakan MICROSOFT PUBLISHER.
Sebelum mengetahui cara-cara membuat Bronsur,terlebih dahulu saya akan kongsikan Apa itu Bronsur?????.Bronsur adalah sejenis risalah.Ia juga satu cebisan pengiklanan yang sentiasa digunakan terutama dalam memperkenalkan syarikat,organisasi dan menyampaikan maklumat tentang isu-isu tertentu.Bronsur berfungsi sebagai untuk menghebahkan tentang sesuatu produk atau maklumat kepada orang lain(masyarakat).Risalah ini diedarkan melalui pos,mengedarkannya sendiri dan meletakkannya di rak risalah mana-mana tempat sekalipun.
Manakala,Booklet juga satu jenis bahan untuk menyampaikan maklumat tentang suatu produk atau maklumat.Ia selalunya berbentuk buku kecil yang mempunyai segala maklumat.Booklet juga berfungsi seperti
katalog yang menerangkan atau menampilkan segala bentuk produk atau segala informasi tentang tajuk tertentu.Malah,Booklet ini perlu menampilkan lebih banyak foto-foto yang menarik berbanding menampilkan maklumat atau huraian yang terlalu panjang kerana ia akan membolehkan Booklet tersebut kurang mendapat perhatian.
Cara membuat BRONSUR dan BOOKLET menggunakan MICROSOFT PUBLISHER adalah seperti di bawah:
1.Buka MICROSOFT PUBLISHER
2.Setelah aplikasi sudah dibuka,skrin komputer kan memaparkan gambar seperti di bawah dan anda hendaklah memilih BROCHURE untuk meneruskannya.
3.Seterusnya pilih DESIGN yang anda suka mengikut kesesuaian bronsur.Contoh dibawah adalah DESIGN BBUBBLE.
4.Seterusnya,anda hendaklah DELETE gambar yang tidak diperlukan dalam bronsur anda,dan masukkan gambar atau aplikasi yang anda mahu letakkan dalam bronsur anda.Contoh LOGO.
5.Setelah itu.masukkan maklumat yang anda mahu seperti tajuk program,penaja,tarikh,hari,jenis aktiviti dan lain-lain.
Ini adalah contoh broncure yang saya & Siti Nur Qudsiyah hasilkan
6.Manakala yang dibawah contoh Booklet yang saya & Qudsiyah turut hasilkan dan kaedahnya juga sama dengan bronsur perlu klik pula pada Newsletter
Booklet juga boleh dibuat menggunakan microsoft office word.Cara-cara seperti di bawah:
- Klik pada START dan buka perisian Microsoft Word.
- Klik pada OFFICE BUTTON
- Klik pada 'New' dan cari NEWSLETTERS
- Tunggu seketika untuk search template melalui microsoft online
- Pilih template yang anda suka dan klik pada DOWNLOAD
- Maka akan keluar contoh template yang anda pilih dan anda boleh masukkan maklumat yang anda mahu masukkan dalam booklet anda.
Setakat itu perkongsian saya untuk hari ini.JUMPA LAGI...Assalamualaikum,have a nice day.
yeay...thanks
ReplyDeleteemm...membantu jgk lah nk wat nota gune ni bleh x??
ReplyDeleteMembantu untuk risalah tugasan
ReplyDelete