Powered By Blogger

Thursday, 13 December 2012

Cara buat Belanjawan peribadi & Data Peperiksaan murid

Hello..Heloooooo...Assalamualaikum  semua,diharapkan semua sihat.
Pada minggu ini,saya ingin kongsikan satu tugasan yang baru saya buat iaitu cara buat belanjawan peribadi menggunakan open office calc dan  cara memasukkan data keputusan peperiksaan pelajar menggunakan microsoft office excel.Tugasan ini agak menarik kerana ia  mengingat saya nostalgia pada zaman persekolahan dahulu apabila tiba waktu peperiksaan..Ia agak menarik kerana saya dapat mengetahui  bahawa susah jugak hendak masukkan data ni,ingatkan senang je..

Cara buat belanjawan peribadi:

Sebelum membuat belanjawan menggunakan open office calc,saya harus mempelajari dan mengetahui fungsi-fungsi yang berikut untuk memudahkan anda membuat belanjawan ini.

Set formula(use of '=')
Function Wizard
Link between sheet


1.Buka aplikasi open office calc seperti dibawah:


2.Masukkan maklumat atau jenis belanja yang anda mahukan,sebagai contoh makan,pakaian,komunikasi,pengankutan,kesihatan,hiburan dan lain-lain.



3.Selepas jenis belanja.anda juga perlukan masukkan jumlah belanja,elaun bulanan,baki bulan lepas,jumlah masuk dan baki.

4.Cara kira jumlah belanja adalah klik pada sel 'jumlah belanja' dan klik sum dan tekan enter,Seterusnya tarik semua nilai jumlah perbelanjaan dan tekan enter.Jumlah perbelanjaaan akan dikira secara automatik pada tarikh tersebut.Sekiranya ingin mengira jumlah belanja untuk tarikh yang seterusnya,anda hanya perlu tarik jumlah perbelanjaan yang pertama hingga kebawah.

5.Seterusnya,masukkan elaun bulanan dan baki bulan lepas.

6.Untuk mengira jumlah masuk,klik pada sel 'jumlah masuk' dan klik simbol sum dan tekan enter.Jumlah masuk anda akan dikira secara aotomatik.

7.Manakala untuk mengira baki ialah anda perlu klik sel baki dan klik simbol sum.Tetapkan sel yang hendak dijumlahkan iaitu( 'jumlah masuk'-'jumlah belanja') dan tekan enter.Baki pada tarikh tersebut akan dijumlahkan secara automatik.

8.Untuk bulan seterusnya juga menggunakan cara yang sama.Baki lepas perlu dibawa ke bulan seterusnya untuk mengetahui nilai wang yang masih ada.Caranya dengan klik sel baki bulan lepas pada bulan semasa dan klik sum dan tekan enter.Seterusnya pergi ke baki bulan lepas bulan sebelumnya dan klik pada sel tersebut dan klik enter.Baki bulan lepas akan dibawa ke bulan seterusnya secara automatik.


Cara buat spreadsheet(excel)

Begitu juga dengan excel,untuk memudahkan anda memasukan data markah pelajar,anda harus tahu fungsi-fungsi di bawah:

Define name
Fill series
VLOOKUP
STDEV
AVERAGE
Countif
Sort
Filter
Graph

1.Klik start pada window seterusnya cari microsoft office dan pilih excel.




2.Setelah laman window microsoft dipaparkan,masukkan maklumat sebagai contoh nama pelajar,markah,gred,dan nama mata pelajaran yang anda mahu.Markah perlu dimasukkan sendiri dan gred perlu dimasukan dengan formula.

3.Untuk menentukan gred markah ialah dengan klik pada ruangan sebelah markah,kemudia klik pada formula dan klik insert function.Seterusnya cari dan pilih VLOOKUP dan terus klik OK.

4.Langkah seterusnya ialah klik pada markah yang berada di sebelahnya.Kemudian masukkan gred di ruangan "table-aray",masukkan '2' di ruangan "col-index num" dan perkataan TRUE di ruangan "range-lookup" dan klik OK.

5.Bagi gred untuk markah dibawahnya ,anda hanya perlu hightlightkan petak yang telah diisi dengan gred sehingga ke petak paling bawah kemudian klik OK,gred markah untuk semua pelajar akan keluar bagi matapelajaran pertama,ulang langkah sama bagi matapelajarn seterusnya.



6.Manakala untuk mencari purata pelajar mendapat gred a,b,c,d,e,dan g ialah mula-mula klik pada ruangan sebelah bilangan A,kemudian klik fx dan pilih Countif dan OK.

7.Seterusnya ,lengkapkan ruangan range dengan klik pada markah pelajar bermula dari atas hingga ke bawah dan ia akan timbul garisan merah putus-putus.Pada ruangan "criteria" pula,masukkan gred yang hendak dijumlahkan.Contonya,bilangan pelajar yang mendapat A anda hendak tahu,anda tulis "A" di ruangan tersebuT.Dan akhir sekali klik OK.

8.Langkah seterusnya ialah membuat graf melalui data tersebut.Contohnya:



Itu sahaja kongsian minggu ini,mungkin cara diatas akan memudahkan guru-guru masukkan data markah peperiksaan melalui excel..Harap anda semua dapat manfaat dari kongsian saya ini.INSHAALLAH.

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment