Powered By Blogger

Monday, 26 November 2012

Multimedia dalam pendidikan

Assalamualaikum..w.b.t

Berjumpa lagi...pada minggu ini Pn.Nor Hafizah tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan.Harap-harap Pn.dapat sihat dengan segera..Kami mendoakan kesihatan Pn.Minggu ini kelas kami perlu bergabung dengan kelas Dr.Siti Fatimah.Tajuk yang kami perlu belajar minggu ini adalah MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN,dengar seperti menarik kan???? kerana seperti diketahui umum,multimedia ini terdapat banyak kegunaannya dalam kehidupan kita..kami belajar tentang 2D perisian penyuntingan grafik.Terdapat beberapa aspek yang terkandung dalam perisian ini antaranya:


·         Microsoft Paint  / Paint Brush
·         Shapes/smart Art PowerPoint
·         GIMP  (OSS)
·         Online – google draw (collaborative drawing)
·          OpenOffice Draw (OSS)

Microsoft Paint/Paint Brush
Microsoft paint adalah satu program yang sudah ada dalam komputer dan laptop anda semua.Cara untuk membuka progran ini adalah:

1.Klik tombol start
2.Klik All pograms
3.Pilih Accesories
4.Klik pada paint dan tunggu sehingga program ini terbuka



Ini adalah paparan yang akan  keluar



Seterusnya anda semua boleh melukis apa-apa sahaja dengan menggunakan Tools yang telah disediakan di bahagian atas tersebut.Anda juga boleh memasukkan dan mengeditkan gambar yang disimpan dalam fail anda .Contoh lukisan yang menggunakan Microsoft Paint seperti di bawah ini:



Shape/Smart Art(Power Point)



Shape/Smart Art yang ada di Power Point adalah berfungsi untuk menambahkan rajah pada paparan slide anda.Ini membolehkan anda memasukkan gambar rajah seperti Pie Chart,table dan lain-lain di paparan slide power point anda.
Contohnya:



GIMP(OSS)



GIMP(The GNU Image Manipulation Program) ialah satu perisian penyunting grafik yang 
digunakan untuk memproses grafik digital dan foto.
Ia juga adalah software editing image yang lebih kurang seperti Photoshop.
Contoh gambar yang diedit menggunakan GIMP:


.


Online-Google Draw
Lukisan Google adalah menggunakan aplikasi Google Docs.Lukisan google ini boleh digunakan untuk melukis apa sahaja  yang anda mahu.Sebagai panduan atau contoh adalah seperti berikut:

1.Mula-mula,anda perlu masuk ke aplikasi Google Docs,dan Klik pada CREATE dan pilih DRAWING


2.Selepas itu,akan keluar paparan yang berikut:


3.Anda boleh lukiskan apa yang anda mahu lukis,malah Google draw juga boleh masukkan gambar,tulisan,bentuk dan lain-lain.


OpenOffice Draw(OSS)
 Openoffice Draw digunakan atau berfungsi sebagai "penyambung" antara bentuk, yang boleh didapati dalam pelbagai gaya garis dan memudahkan membina lukisan seperti carta aliran. Ia mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan perisian desktop penerbitan seperti Scribus dan Microsoft Publisher.


Seterusnya anda semua boleh Klik pada Drawing



Ini adalah contoh gambar yang dilukis menggunakan OpenOffice Draw:




Kami juga  belajar tentang jenis 2D grafik iaitu gambar bitmap dan vektor.
Apa itu bitmap dan vektor????
Saya pun tidak pernah dengar sebelum ini...jadi,selepas saya mencari info tentangnya,didapati gambar bitmap adalah:

Gambar bitmap atau yang sering juga disebut raster adalah gambar yang terdiri dari sekumpulan titik-titik (pixel) yang berdiri sendiri dan mempunyai warna sendiri pula yang membentuk sebuah gambar.
Gambar bitmap sangat bergantung pada resolusi. Jika gambar diperbesar maka gambar akan tampak kurang halus sehingga mengurangi detailnya. Selain itu gambar bitmap akan mempunyai ukuran file yang lebih besar. Semakin besar resolusi gambar akan semakin besar pula ukuran filenya.










Contohnya adalah pada gambar di atas Gambar kiri merupakan gambar yang asli dengan tampilan 100% sedangkan gambar yang kanan adalah gambar yang sudah diperbesar. Gambar yang kanan kelihatan kurang halus (kotak-kotak) setelah diperbesar 500%.Contoh software yang berbasis bitmap adalah Adobe Photoshop, Paint, CorelPhotoPaint, dan lain-lain.


Bagaimana pula dengan gambar vektor??

Gambar vektor adalah gambar yang dibuat dari unsur garis dan kurva yang disebut vektor. Kumpulan dari beberapa garis dan kurva ini akan membentuk suatu obyek atau gambar.
Gambar vektor tidak tergantung pada resolusi. Kita dapat memperbesar atau memperkecil ukuran gambar tanpa kehilangan detail gambarnya. Disamping itu gambar vektor akan mempunyai ukuran file yang lebih kecil dan dapat diperbesar atau diperkecil bentuknya tanpa merubah ukuran filenya.




Contohnya adalah pada gambar di atas sebelah kiri. Gambar yang kiri merupakan gambar yang asli sedangkan gambar yang kanan adalah gambar yang sudah diperbesar. Gambar yang kanan masih kelihatan halus walaupun sudah diperbesar 500%. Software yang digunakan untuk membuat gambar vektor antara lain CorelDRAW, Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, dan lain-lain



Manakala dibawah ini  format grafik/imej yang saya pelajari.....

JPG/JPEG-Ianya digunakan oleh web untuk blog dan merupakan gambar yang memiliki banyak warna.
GIFF
-Digunakan untuk animasi sederhana,ia terhad kepada 256 warna sahaja.Digunakan untuk gambar yang jumlah warna sedikit.
PNG-Solusi kompresi yang powerfull dengan warna yang lebih banyak(24 bit RGB+alpha).Ia dugunakan untuk gambar yang memiliki warna yang banyak.


Pada hari ini juga Dr.Siti Fatimah menerangkan kepada kami apa itu RGB dan CMYK.Apa RGB dan CMYK????Pada mulanya saya tertanya-tanya apa benda lah RGB dan CMYK nie,tetapi apabila diterangkan,rupa-rupanya ia berkaitan dengan warna.....



APA ITU RGB?????

RGB ialah model  pewarnaan yang terdiri daripada warna dasar RED(merah),GREEN(hijau), dan BLUE(biru).Fungsinya adalah untuk mendapatkan warna lain dengan teknik penambahan sehingga mendapatkan warna yang diingini.Model penwarnaan ini kerap digunakan pada peringkat televisyen,kamera video,scanner dan kamera digital.
Gabungan warna yang dilakukan menghasilkan warna yang berikut:






Manakala ini kombinasi warna untuk RGB





APA ITU CMYK???

CMYK ialah kependekan dari warna CYAN,MAGENTA,YELLOW(kuning),& BLACK(hitam).CMYK adalah sebuah model warna berbasis pengurangan sebahagian gelombang cahaya.Selalunya digunakan dalam percetakan berwarna.Istilah CMYK turut digunakan untuk tujuan menjelaskan proses percetakan itu sendiri...













No comments:

Post a Comment