Powered By Blogger

Sunday 23 December 2012

Minggu ke-14

Assalamualaikum semua..

Minggu ini adalah kelas terakhir kelas bagi kursus komputer dalam pendidikan,rasa sedih kerana bagi diri saya kursus ini paling best kerana dapat banyak belajar tentang komputer.Tetapi walaupun kelas terakhir,kami meneruskan seperti biasa.Mingg ini kami perlu bentangkan tugasan kami iaitu kemahiran abad ke-21 buat kali kedua.Saya dan pasangan tugasan saya iaitu Siti Nur Qudsiyah berjaya menyampaikan dengan baik.Saya harap kawan-kawan sekelas saya dapat input daripada apa yang kami bentangkan.Kami merupakan kumpulan pertama yang bentangkan tugasan ini.Pembentangan kumpulan lain juga hebat-hebat.Tetapi detik yang paling tidak dapat dilupakan ialah selepas kumpulan terakhir bentangkan tugasan,kami meraikan tamatnya kelas itu dengan majlis perpisahan.Kelas kami berkongsi duit untuk membeli kek sebagai tanda terima kasih kami kepada Pensyarah kami iaitu Puan Nor Hafizah.

Kenangan kElas Terakhir.....(Credit TO Nursya Julia)






Thursday 13 December 2012

Cara buat Belanjawan peribadi & Data Peperiksaan murid

Hello..Heloooooo...Assalamualaikum  semua,diharapkan semua sihat.
Pada minggu ini,saya ingin kongsikan satu tugasan yang baru saya buat iaitu cara buat belanjawan peribadi menggunakan open office calc dan  cara memasukkan data keputusan peperiksaan pelajar menggunakan microsoft office excel.Tugasan ini agak menarik kerana ia  mengingat saya nostalgia pada zaman persekolahan dahulu apabila tiba waktu peperiksaan..Ia agak menarik kerana saya dapat mengetahui  bahawa susah jugak hendak masukkan data ni,ingatkan senang je..

Cara buat belanjawan peribadi:

Sebelum membuat belanjawan menggunakan open office calc,saya harus mempelajari dan mengetahui fungsi-fungsi yang berikut untuk memudahkan anda membuat belanjawan ini.

Set formula(use of '=')
Function Wizard
Link between sheet


1.Buka aplikasi open office calc seperti dibawah:


2.Masukkan maklumat atau jenis belanja yang anda mahukan,sebagai contoh makan,pakaian,komunikasi,pengankutan,kesihatan,hiburan dan lain-lain.



3.Selepas jenis belanja.anda juga perlukan masukkan jumlah belanja,elaun bulanan,baki bulan lepas,jumlah masuk dan baki.

4.Cara kira jumlah belanja adalah klik pada sel 'jumlah belanja' dan klik sum dan tekan enter,Seterusnya tarik semua nilai jumlah perbelanjaan dan tekan enter.Jumlah perbelanjaaan akan dikira secara automatik pada tarikh tersebut.Sekiranya ingin mengira jumlah belanja untuk tarikh yang seterusnya,anda hanya perlu tarik jumlah perbelanjaan yang pertama hingga kebawah.

5.Seterusnya,masukkan elaun bulanan dan baki bulan lepas.

6.Untuk mengira jumlah masuk,klik pada sel 'jumlah masuk' dan klik simbol sum dan tekan enter.Jumlah masuk anda akan dikira secara aotomatik.

7.Manakala untuk mengira baki ialah anda perlu klik sel baki dan klik simbol sum.Tetapkan sel yang hendak dijumlahkan iaitu( 'jumlah masuk'-'jumlah belanja') dan tekan enter.Baki pada tarikh tersebut akan dijumlahkan secara automatik.

8.Untuk bulan seterusnya juga menggunakan cara yang sama.Baki lepas perlu dibawa ke bulan seterusnya untuk mengetahui nilai wang yang masih ada.Caranya dengan klik sel baki bulan lepas pada bulan semasa dan klik sum dan tekan enter.Seterusnya pergi ke baki bulan lepas bulan sebelumnya dan klik pada sel tersebut dan klik enter.Baki bulan lepas akan dibawa ke bulan seterusnya secara automatik.


Cara buat spreadsheet(excel)

Begitu juga dengan excel,untuk memudahkan anda memasukan data markah pelajar,anda harus tahu fungsi-fungsi di bawah:

Define name
Fill series
VLOOKUP
STDEV
AVERAGE
Countif
Sort
Filter
Graph

1.Klik start pada window seterusnya cari microsoft office dan pilih excel.




2.Setelah laman window microsoft dipaparkan,masukkan maklumat sebagai contoh nama pelajar,markah,gred,dan nama mata pelajaran yang anda mahu.Markah perlu dimasukkan sendiri dan gred perlu dimasukan dengan formula.

3.Untuk menentukan gred markah ialah dengan klik pada ruangan sebelah markah,kemudia klik pada formula dan klik insert function.Seterusnya cari dan pilih VLOOKUP dan terus klik OK.

4.Langkah seterusnya ialah klik pada markah yang berada di sebelahnya.Kemudian masukkan gred di ruangan "table-aray",masukkan '2' di ruangan "col-index num" dan perkataan TRUE di ruangan "range-lookup" dan klik OK.

5.Bagi gred untuk markah dibawahnya ,anda hanya perlu hightlightkan petak yang telah diisi dengan gred sehingga ke petak paling bawah kemudian klik OK,gred markah untuk semua pelajar akan keluar bagi matapelajaran pertama,ulang langkah sama bagi matapelajarn seterusnya.



6.Manakala untuk mencari purata pelajar mendapat gred a,b,c,d,e,dan g ialah mula-mula klik pada ruangan sebelah bilangan A,kemudian klik fx dan pilih Countif dan OK.

7.Seterusnya ,lengkapkan ruangan range dengan klik pada markah pelajar bermula dari atas hingga ke bawah dan ia akan timbul garisan merah putus-putus.Pada ruangan "criteria" pula,masukkan gred yang hendak dijumlahkan.Contonya,bilangan pelajar yang mendapat A anda hendak tahu,anda tulis "A" di ruangan tersebuT.Dan akhir sekali klik OK.

8.Langkah seterusnya ialah membuat graf melalui data tersebut.Contohnya:



Itu sahaja kongsian minggu ini,mungkin cara diatas akan memudahkan guru-guru masukkan data markah peperiksaan melalui excel..Harap anda semua dapat manfaat dari kongsian saya ini.INSHAALLAH.

Assalamualaikum...

Monday 10 December 2012

Creative effective multimedia production

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.........


Minggu ini saya belajar tentang kemahiran perbentangan dengan Dr.Siti Fatimah kerana Pn.Norhafizah datang lewak kerana ada urusan peribadi.Dr.Siti Fatimah telah memaparkan beberapa  video berkaitan kemahiran perbentangan.Video tersebut didapatkan oleh beliau melalui YOUTUBE Beliau menginginkan kami bentangkan hasil kerja seperti berikut.Terdapat satu video yang ditayangkan Dr.Siti Fatimah yang menarik perhatian saya iaitu seorang kanak-kanak 12 tahun begitu hebat dalam pembentangannya.Kanak-kanak tersebut hanya menggunakan slide yang minima tetapi lmaksimumkan penerangan.Kami perlu membentangkan tugasan kami menggunakan Microsoft Office Power Point  dan Impress.Impress merupakan aplikasi OPEN OFFICE.Untuk menggunakan aplikasi ini,kami perlu  install terlebih dahulu.Saya pasti anda semua sudah sebati dengan penggunaan Power Point,bagaimana pula dengan impress???.Apa itu fungsi impress??

Impress adalah satu penyampaian program serupa dengan Microsoft PowerPoint dan Ucapan Apple. Impress boleh mengeksport persembahan fail Adobe Flash (SWF), yang membolehkan mereka untuk dimainkan pada mana-mana komputer dengan pemain Flash dipasang. Ia juga termasuk keupayaan untuk mencipta fail PDF, dan keupayaan untuk membaca format. Ppt Microsoft PowerPoint. Impress kekurangan reka bentuk persembahan yang sedia dibuat tetapi ini boleh diatasi dengan memuat turun template percuma online.

Dr.Siti Fatimah juga memberi tunjuk ajar kepada kami cara-cara membuat pembentangan yang menarik iaitu meminimumkan penggunaan slide dan memaksimumkan penerangan seperti kanak-kanak yang berumur 12 tahun tersebut.Hal ini kerana,dalam pembentangan tidak memerlukan huraian tentang tajuk berkaitan terlalu panjang kerana huraian panjang lebar dari 
pembentang adalah elemen penting dalam kemahiran pembentangan.
Selain itu,Dr.Siti Fatimah juga  memberitahu kami cara mendownload video dengan pantas dan mudah iaitu menggunakan KEEPVID.

Cara buat presentation guna Impress

1.Buka open office dan klik pada presentation:


2.Keluar paparan seperti dibawah dan pilih empty presentation:


3.Seterusnya pilih slide dan klik pada next:


4.Dan klik pada create selepas keluar paparan seperti dibawah:


5.Maka,akan keluar lah paparan seperti dibawah.Anda boleh memasukkan maklumat apa yang anda mahu present kepada rakan-rakan sekelas anda.



Presentation menggunakan power point


Manakala presentation yang menggunakan power point ialah berdasarkan kandungan pada tugasan sebelum ini iaitu kemahiran abad ke-21.Ia bertujuan untuk mempelajari cara untuk memperkembangkan multimedia courseware.

Caranya ialah presentation tersebut perlu mengandungi video yang diedit dalam window maker,grafik/imej yang diedit melalui paint,animation custom yang diedit melalui GIMP dan audio record dan edit(audacity).


Setakat itu sahaja perkongsian saya buat kali ini,semoga berjumpa lagi di lain hari.


Sunday 2 December 2012

Cara buat Broncure & Booklet

Assalamualaikum semua,pada minggu ini Puan Nor Hafizah sudah kembali ke kelas kami.Tetapi hari ini saya lewat hadir ke kelas,jam 8.10 baru saya sampai.Tetapi itu tidak menyebabkan saya ketingglan apa yang telah ditunjuk oleh Puan di hadapan slide sebab tunjuk ajar Puan baru dimulakan.Mingu ini Pn.Nor Hafizah menerangkan kepada kami tentang penyuntingan grafik menggunakan PAINT,OPEN OFFICE DRAW(OSS) dan Pn juga mengarahkan kami menerokainya sendiri kerana dengan menerokainya sendiri,kami akan lebih memahami.

Satu tugasan pada minggu ini ialah kami perlu mencipta Bronsur dan Booklet. Bronsur  dan Booklet tersebut kami perlu cipta berdasarkan tugasan kami yang lepas iaitu saya dan pasangan saya telah buat yang bertajuk kemahiran abad ke-21 menggunakan MICROSOFT  PUBLISHER.

Sebelum mengetahui cara-cara membuat Bronsur,terlebih dahulu saya akan kongsikan Apa itu Bronsur?????.Bronsur adalah sejenis risalah.Ia juga satu cebisan pengiklanan yang sentiasa digunakan terutama dalam memperkenalkan syarikat,organisasi dan menyampaikan maklumat tentang isu-isu tertentu.Bronsur berfungsi sebagai untuk menghebahkan tentang sesuatu produk atau maklumat kepada orang lain(masyarakat).Risalah ini diedarkan melalui pos,mengedarkannya sendiri dan meletakkannya di rak risalah mana-mana tempat sekalipun.

Manakala,Booklet juga  satu jenis bahan untuk menyampaikan maklumat tentang suatu produk atau maklumat.Ia selalunya berbentuk buku kecil yang mempunyai segala maklumat.Booklet juga berfungsi seperti
katalog yang menerangkan atau menampilkan segala bentuk produk atau segala informasi tentang tajuk tertentu.Malah,Booklet ini perlu menampilkan lebih banyak foto-foto yang menarik berbanding menampilkan maklumat atau huraian yang terlalu panjang kerana ia akan membolehkan Booklet tersebut kurang mendapat perhatian.

Cara membuat BRONSUR dan BOOKLET menggunakan MICROSOFT PUBLISHER adalah seperti di bawah:


1.Buka MICROSOFT PUBLISHER
2.Setelah aplikasi sudah dibuka,skrin komputer kan memaparkan gambar seperti di bawah dan anda hendaklah memilih BROCHURE untuk meneruskannya.



3.Seterusnya pilih DESIGN yang anda suka mengikut kesesuaian bronsur.Contoh dibawah adalah DESIGN BBUBBLE.


4.Seterusnya,anda hendaklah DELETE gambar yang tidak diperlukan dalam bronsur anda,dan masukkan gambar atau aplikasi yang anda mahu letakkan dalam bronsur anda.Contoh LOGO.


5.Setelah itu.masukkan maklumat yang anda mahu seperti tajuk program,penaja,tarikh,hari,jenis aktiviti dan lain-lain.


Ini adalah contoh broncure yang saya & Siti Nur Qudsiyah hasilkan


6.Manakala yang dibawah contoh Booklet  yang saya & Qudsiyah turut hasilkan dan kaedahnya juga sama dengan bronsur perlu klik pula pada Newsletter


                                         


Booklet juga boleh dibuat menggunakan microsoft office word.Cara-cara seperti di bawah:

  1. Klik pada START dan buka perisian Microsoft Word.
  2. Klik pada OFFICE BUTTON 
  3. Klik pada 'New' dan cari NEWSLETTERS
  4. Tunggu seketika untuk search template melalui microsoft online
  5. Pilih template yang anda suka dan klik pada DOWNLOAD
  6. Maka akan keluar contoh template yang anda pilih dan anda boleh masukkan maklumat yang anda mahu masukkan dalam booklet anda.




Setakat itu perkongsian saya untuk hari ini.JUMPA LAGI...Assalamualaikum,have a nice day.