Powered By Blogger

Monday 10 December 2012

Creative effective multimedia production

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.........


Minggu ini saya belajar tentang kemahiran perbentangan dengan Dr.Siti Fatimah kerana Pn.Norhafizah datang lewak kerana ada urusan peribadi.Dr.Siti Fatimah telah memaparkan beberapa  video berkaitan kemahiran perbentangan.Video tersebut didapatkan oleh beliau melalui YOUTUBE Beliau menginginkan kami bentangkan hasil kerja seperti berikut.Terdapat satu video yang ditayangkan Dr.Siti Fatimah yang menarik perhatian saya iaitu seorang kanak-kanak 12 tahun begitu hebat dalam pembentangannya.Kanak-kanak tersebut hanya menggunakan slide yang minima tetapi lmaksimumkan penerangan.Kami perlu membentangkan tugasan kami menggunakan Microsoft Office Power Point  dan Impress.Impress merupakan aplikasi OPEN OFFICE.Untuk menggunakan aplikasi ini,kami perlu  install terlebih dahulu.Saya pasti anda semua sudah sebati dengan penggunaan Power Point,bagaimana pula dengan impress???.Apa itu fungsi impress??

Impress adalah satu penyampaian program serupa dengan Microsoft PowerPoint dan Ucapan Apple. Impress boleh mengeksport persembahan fail Adobe Flash (SWF), yang membolehkan mereka untuk dimainkan pada mana-mana komputer dengan pemain Flash dipasang. Ia juga termasuk keupayaan untuk mencipta fail PDF, dan keupayaan untuk membaca format. Ppt Microsoft PowerPoint. Impress kekurangan reka bentuk persembahan yang sedia dibuat tetapi ini boleh diatasi dengan memuat turun template percuma online.

Dr.Siti Fatimah juga memberi tunjuk ajar kepada kami cara-cara membuat pembentangan yang menarik iaitu meminimumkan penggunaan slide dan memaksimumkan penerangan seperti kanak-kanak yang berumur 12 tahun tersebut.Hal ini kerana,dalam pembentangan tidak memerlukan huraian tentang tajuk berkaitan terlalu panjang kerana huraian panjang lebar dari 
pembentang adalah elemen penting dalam kemahiran pembentangan.
Selain itu,Dr.Siti Fatimah juga  memberitahu kami cara mendownload video dengan pantas dan mudah iaitu menggunakan KEEPVID.

Cara buat presentation guna Impress

1.Buka open office dan klik pada presentation:


2.Keluar paparan seperti dibawah dan pilih empty presentation:


3.Seterusnya pilih slide dan klik pada next:


4.Dan klik pada create selepas keluar paparan seperti dibawah:


5.Maka,akan keluar lah paparan seperti dibawah.Anda boleh memasukkan maklumat apa yang anda mahu present kepada rakan-rakan sekelas anda.



Presentation menggunakan power point


Manakala presentation yang menggunakan power point ialah berdasarkan kandungan pada tugasan sebelum ini iaitu kemahiran abad ke-21.Ia bertujuan untuk mempelajari cara untuk memperkembangkan multimedia courseware.

Caranya ialah presentation tersebut perlu mengandungi video yang diedit dalam window maker,grafik/imej yang diedit melalui paint,animation custom yang diedit melalui GIMP dan audio record dan edit(audacity).


Setakat itu sahaja perkongsian saya buat kali ini,semoga berjumpa lagi di lain hari.


No comments:

Post a Comment