Powered By Blogger

Sunday 30 September 2012

Apa itu CMS??


COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)


CMS atau Kursus Sistem Pengurusan pada asasnya direka untuk menyokong kursus pendidikan atau akademik. Ia membolehkan pengajar untuk mewujudkan sebuah laman web kursus, di mana dokumen boleh dimuat naik dalam format popular seperti perkataan, power point, dan lain-lain tanpa perlu menukar mereka kepada format web seperti HTML. Ini memerlukan beberapa kemahiran khusus, sekali gus menjadikannya CMS  pilihan utama tenaga pengajar. Ia juga cekap menyokong pembelajaran jarak jauh kerana perbincangan lembaga permohonan yang kukuh. Pengajar akan menghantar intipati kursus kepada pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang berbeza-beza, kemudian pengajar  akan menyelia perbincangan kursus melalui lembaga perbincangan.


Setakat sahaja untuk setakat ini,saya akan terus update blog saya dari masa ke semasa,mungkin minggu depan saya akan kongsikan benda atau pelajaran yang menarik lagi..inshaallah...selamat malam semua,Assalamualaikum,jumpa lagi.





Apa itu LMS

Aktiviti kami minggu ini adalah masih sama,Pn.Nor Hafizah memperkenalkan kepada kami satu lagi benda baru.Benda baru yang dimaksudkan adalah goggle docs..kami disuruh membuka goggle docs melalui Goggle Mail. Kami disuruh menulis tentang Learning Mnagement System(LMS) dan Course Management System(CMS) dalam goggle docs tersebut.Selepas selesai menulis tersebut,kami perlu save(download) fail tersebut sebagai doct,pdf dan lain-lain.Malah Pn.Nor Hafizah juga memberitahu bahawa goggle docs memudahkan kami brkongsi idea atau pendapat dengan rakan-rakan dan juga semua pensyarah.

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS)


Sistem pengurusan pembelajaran ialah salah satu aplikasi pendidikan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran.Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap pra-sekolah sehingga tahap universiti.Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet.
Unsur penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan  sistem pengurusan pembelajaran ialah capaian internet.Tanpa capaian internet sistem ini tidap dapat dijalankan kerana sistem ini menggunakan internet sebagai salah satu alat untuk berinteraktif.HaL ini dapat dilihat apabila pembelajaran yang menggunakan sistem ini adalah melalui online.

Sistem pengurusan pembelajaran ini adalah laman web yang turut digunakan oleh peringkat tinggi berasaskan teknologi untuk penyelesaiaan perenggan,menyampaikan dan mengatur pelbagai aktiviti belajar dalam sebuah organisasi.Sebagai contoh talian,kelas maya dan program pengajar yang dipimpin  yang dapat menilai proses pembelajaran khusus.

Sistem ini juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota.Pelajar dapat mengakses maklumat berhubung dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan hanya menggunakan sistem ini.Malahan,mereka juga boleh lihat keputusan peperiksaan.Sistem ini juga memberi kelebihan kepada pelajar yang pemalu untuk berinteraksi kerana hanya menggunakan nama samaran.Keadaan ini memudahkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan dan memberi keselesaan kepada mereka.

Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO.I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM.Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota,malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah.Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru kepada pelajar.Dalam kursus komputer dalam pendidikan juga telah menggunakan LMS iaitu yahoo group,facebook group dan blog.

Antara perisian sumber terbuka untuk LMS ialah:


Apa Itu Dropbox???

Pada minggu ini,kami juga diperkenalkan dengan "Dropbox".Apa itu Dropboxs??,pada mulanya kami pun keliru kerana pada diri saya sendiri inilah kali pertama saya mendengar perkataan itu.Selepas saya mencari di Google apa itu Dropbox,saya mendapati Dropbox adalah satu perkhidmatan yang membolehkan anda membawa semua gambar,docs,dan video dimana-mana.Ini bermakna bahawa mana-mana fail yang kita simpan ke Dropbox secara automatik akan ada dalam semua komputer,telefon kita dan juga laman web Dropbox.
Dropbox juga memudahkan kita untuk berkongsi apa-apa sahaja dengan orang lain,samada anda seorang pelajar atau profesional,ibubapa atau nenek.Malahan,jika kita secara tidak sengaja menumpahkan latte pada laptop kita,DON'T WORRY semua!!!Anda boleh bertenang kerana mengetahui bahawa Dropbox sentiasa telah kita lindungi,dan tiada barang atau dokumen kita akan hilang.

Perbezaan Menghantar email menggunakan yahoo mail & yahoo group

Pada minggu ini,saya juga diarah oleh Pn.Nor Hafizah untuk mengenalpasti perbezaan antara menghantar email menggunakan Yahoo Mail dan Yahoo Group.Pada mulanya saya tidak dapat mengesan perbezaanya kerana kedua-duanya kelihatan sama funsinya.Tetapi selepas saya memahami penggunaanya,saya mendapati ada perbezaannya.Bagi saya Yahoo Mail,penggunanya perlu sign in terlebih dahulu di dalam web Yahoo.Pengguna perlu memasukkan alamat email dan password,dan secara automatik pengguna boleh menghantar dan menerima mesej.Untuk memulakan penghantaran mesej,pengguna perlu klik pada compose dan memilih email..Apabila selesai menulis mesej,masukkan alamat emel untuk dihantar kepada penerima.Malahan.setiap kali menghantar email,pengguna mempunyai signature yang tersendiri.Ia bersifat lebih personal berbanding Yahoo Group.

Manakala Yahoo Group,pengguna juga perlu sign in dalam laman web yahoo.Selepas itu,pengguna akan memasuki group yang telah dicipta sendiri.Dalam Yahoo Group,pengguna boleh menghantar mesej kepada ahli dengan klik pada post mesej dan secara automatik mesej tersebut dihantar kepada mereka.Pengguna juga boleh menjemput sesiapa sahaja sebagai ahli dalam group yang dicipta.

Friday 28 September 2012

Cara buat Facebook Group & Blog

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang semua..

Aktiviti kami pada minggu kedua adalah membuat akaun facebook yang baru sekiranya facebook yang sedia ada bukan nama sebenar.Saya tidak perlu buat kerana saya sudah mempunyai facebook yang betul iaitu http://www.facebook.com/solehah.razak.10.Apabila sudah mempunyai facebook yang lengkap,Pn.Nor Hafizah menyuruh kami tambah beliau dan Dr.Siti Fatimah sebagai kawan dalam facebook kami.Pn.Nor Hafizah juga menyuruh kami mencari pasangan untuk memudahkan kami membuat tugasan berpasangan.Saya telah memilih Siti Nur Qudsiyah sebagai pasangan kerja saya.Apabila sudah mempunyai pasangan,kami disuruh untuk mencipta satu facebook group untuk memudahkan kami berbincang tentang sukatan pembelajaran ini,malah ia juga boleh dijadikan satu tempat untuk memberi pendapat atau cadangan yang berkaitan dengan kursus ini.

Cara2 buat Facebook Group:

1.Login facebook terlebih dahulu,apabila sudah berada di paparan facebook anda,klik create group,



2.Paparan seterusnya akan keluar seperti dibawah,


*Anak panah merah perlu diisi nama kumpulan anda
*Anak panah ungu adalah untuk memilih logo kumpulan
*Bulatan merah adalah untuk memilih privasi kumpulan anda

3.Akhir sekali klik pada buat dan selesai



Selepas selesai semua tugasan tersebut,kami terus diberi tugasan baru iaitu perlu mencipta blog sendiri,ikhlas saya beritahu,saya pernah dengar apa itu blog tapi saya tak pernah buka dan kaji apa kegunaannya.Tetapi selepas ditunjuk ajar oleh Pn.Nor Hafizah tentang cara-cara membuat blog,saya akhirnya mencuba sendiri dan berjaya menghasilkannya.

Cara-cara membuat blog melalui Blogspot

1.Langkah pertama anda perlu cari laman web www.blogger.com,akan keluar paparan



2.Klik pada Daftar
3.Isi setiap kotak yang dibawah dan tekan Langkah seterusnya







Inilah hasil Blog yang saya cipta sendiri...
Kepada sesiapa yang sudi berkongsi ilmu dengan saya,silalah memberi komen anda di http://solehahrazak.blogspot.com/ .    

Pengenalan Kelas

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Tujuan saya menulis ini tidak lain tidak bukan,saya ingin menceritakan pengalaman saya pertama kali diperkenalkan dengan kelas Komputer Dalam Pendidikan.Ini adalh minggu pertama saya masuk kelas dan kami disuruh bentukkkan kumpulan oleh Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin iaitu penyelaras program ini.Saya telah memilih kelas 4.Dalam kelas ini,kami dipimpin oleh Pn.Nor Hafizah Adnan.Ahli kumpulan 4 terdiri dari pelajar program pendidikan khas dan  program sukan dan rekreasi.Tugasan pertama kami yang perlu diselesaikan oleh kami adalah membuat yahoo mail dan google mail yang mempunyai nama sendiri.Sebelum ini saya sudah ada yahoo mail tetapi bukan nama sebenar saya,oleh itu saya perlu  membuat yahoo mail yang baru iaitu solehah_razak@ymail.com.Apabila selesai membuat email.kami diajar untuk membuat signature dalam email kami.Signature tersebut mengandungi nama,program,alamat yahoo mail,google mail,facebook,yahoo group dan blog.
Selepas selesai membuat signature,kami perlu menghantar signature tersebut kepada penyelaras program iaitu Dr.Siti Fatimah dan pensyarah kumpulan kami iaitu Pn.Nor Hafizah Adnan.Kami juga diperkenalkan dengan cara untuk membuat yahoo group,selepas diterangkan cara untuk membuat yahoo group,saya telah membuat satu yahoo group untuk saya iaitu http://groups.yahoo.com/group/solehah_razak/?yguid=543627458.Yahoo group ini berfungsi untuk saya dan ahli-ahli yang lain membincangkan apa yang kami telah pelajari dalam kelas komputer dalam pendidikan ini.Kami juga perlu tambah Dr.Siti Fatimah dan Pn.Nor Hafizah sebagai ahli yahoo group kami.Program ini mempunyai satu yahoo group iaitu ge1155@yahoo.com dan kami semua perlu sertai group ini. 

Wednesday 26 September 2012

Selamat Petang

Saya adalah budak baru dalam blog ini...

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan