Powered By Blogger

Sunday 30 September 2012

Perbezaan Menghantar email menggunakan yahoo mail & yahoo group

Pada minggu ini,saya juga diarah oleh Pn.Nor Hafizah untuk mengenalpasti perbezaan antara menghantar email menggunakan Yahoo Mail dan Yahoo Group.Pada mulanya saya tidak dapat mengesan perbezaanya kerana kedua-duanya kelihatan sama funsinya.Tetapi selepas saya memahami penggunaanya,saya mendapati ada perbezaannya.Bagi saya Yahoo Mail,penggunanya perlu sign in terlebih dahulu di dalam web Yahoo.Pengguna perlu memasukkan alamat email dan password,dan secara automatik pengguna boleh menghantar dan menerima mesej.Untuk memulakan penghantaran mesej,pengguna perlu klik pada compose dan memilih email..Apabila selesai menulis mesej,masukkan alamat emel untuk dihantar kepada penerima.Malahan.setiap kali menghantar email,pengguna mempunyai signature yang tersendiri.Ia bersifat lebih personal berbanding Yahoo Group.

Manakala Yahoo Group,pengguna juga perlu sign in dalam laman web yahoo.Selepas itu,pengguna akan memasuki group yang telah dicipta sendiri.Dalam Yahoo Group,pengguna boleh menghantar mesej kepada ahli dengan klik pada post mesej dan secara automatik mesej tersebut dihantar kepada mereka.Pengguna juga boleh menjemput sesiapa sahaja sebagai ahli dalam group yang dicipta.

No comments:

Post a Comment