Powered By Blogger

Friday 28 September 2012

Pengenalan Kelas

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Tujuan saya menulis ini tidak lain tidak bukan,saya ingin menceritakan pengalaman saya pertama kali diperkenalkan dengan kelas Komputer Dalam Pendidikan.Ini adalh minggu pertama saya masuk kelas dan kami disuruh bentukkkan kumpulan oleh Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin iaitu penyelaras program ini.Saya telah memilih kelas 4.Dalam kelas ini,kami dipimpin oleh Pn.Nor Hafizah Adnan.Ahli kumpulan 4 terdiri dari pelajar program pendidikan khas dan  program sukan dan rekreasi.Tugasan pertama kami yang perlu diselesaikan oleh kami adalah membuat yahoo mail dan google mail yang mempunyai nama sendiri.Sebelum ini saya sudah ada yahoo mail tetapi bukan nama sebenar saya,oleh itu saya perlu  membuat yahoo mail yang baru iaitu solehah_razak@ymail.com.Apabila selesai membuat email.kami diajar untuk membuat signature dalam email kami.Signature tersebut mengandungi nama,program,alamat yahoo mail,google mail,facebook,yahoo group dan blog.
Selepas selesai membuat signature,kami perlu menghantar signature tersebut kepada penyelaras program iaitu Dr.Siti Fatimah dan pensyarah kumpulan kami iaitu Pn.Nor Hafizah Adnan.Kami juga diperkenalkan dengan cara untuk membuat yahoo group,selepas diterangkan cara untuk membuat yahoo group,saya telah membuat satu yahoo group untuk saya iaitu http://groups.yahoo.com/group/solehah_razak/?yguid=543627458.Yahoo group ini berfungsi untuk saya dan ahli-ahli yang lain membincangkan apa yang kami telah pelajari dalam kelas komputer dalam pendidikan ini.Kami juga perlu tambah Dr.Siti Fatimah dan Pn.Nor Hafizah sebagai ahli yahoo group kami.Program ini mempunyai satu yahoo group iaitu ge1155@yahoo.com dan kami semua perlu sertai group ini. 

No comments:

Post a Comment