Powered By Blogger

Sunday, 30 September 2012

Apa Itu Dropbox???

Pada minggu ini,kami juga diperkenalkan dengan "Dropbox".Apa itu Dropboxs??,pada mulanya kami pun keliru kerana pada diri saya sendiri inilah kali pertama saya mendengar perkataan itu.Selepas saya mencari di Google apa itu Dropbox,saya mendapati Dropbox adalah satu perkhidmatan yang membolehkan anda membawa semua gambar,docs,dan video dimana-mana.Ini bermakna bahawa mana-mana fail yang kita simpan ke Dropbox secara automatik akan ada dalam semua komputer,telefon kita dan juga laman web Dropbox.
Dropbox juga memudahkan kita untuk berkongsi apa-apa sahaja dengan orang lain,samada anda seorang pelajar atau profesional,ibubapa atau nenek.Malahan,jika kita secara tidak sengaja menumpahkan latte pada laptop kita,DON'T WORRY semua!!!Anda boleh bertenang kerana mengetahui bahawa Dropbox sentiasa telah kita lindungi,dan tiada barang atau dokumen kita akan hilang.

No comments:

Post a Comment