Powered By Blogger

Sunday, 30 September 2012

Apa itu LMS

Aktiviti kami minggu ini adalah masih sama,Pn.Nor Hafizah memperkenalkan kepada kami satu lagi benda baru.Benda baru yang dimaksudkan adalah goggle docs..kami disuruh membuka goggle docs melalui Goggle Mail. Kami disuruh menulis tentang Learning Mnagement System(LMS) dan Course Management System(CMS) dalam goggle docs tersebut.Selepas selesai menulis tersebut,kami perlu save(download) fail tersebut sebagai doct,pdf dan lain-lain.Malah Pn.Nor Hafizah juga memberitahu bahawa goggle docs memudahkan kami brkongsi idea atau pendapat dengan rakan-rakan dan juga semua pensyarah.

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS)


Sistem pengurusan pembelajaran ialah salah satu aplikasi pendidikan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran.Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap pra-sekolah sehingga tahap universiti.Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet.
Unsur penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan  sistem pengurusan pembelajaran ialah capaian internet.Tanpa capaian internet sistem ini tidap dapat dijalankan kerana sistem ini menggunakan internet sebagai salah satu alat untuk berinteraktif.HaL ini dapat dilihat apabila pembelajaran yang menggunakan sistem ini adalah melalui online.

Sistem pengurusan pembelajaran ini adalah laman web yang turut digunakan oleh peringkat tinggi berasaskan teknologi untuk penyelesaiaan perenggan,menyampaikan dan mengatur pelbagai aktiviti belajar dalam sebuah organisasi.Sebagai contoh talian,kelas maya dan program pengajar yang dipimpin  yang dapat menilai proses pembelajaran khusus.

Sistem ini juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota.Pelajar dapat mengakses maklumat berhubung dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan hanya menggunakan sistem ini.Malahan,mereka juga boleh lihat keputusan peperiksaan.Sistem ini juga memberi kelebihan kepada pelajar yang pemalu untuk berinteraksi kerana hanya menggunakan nama samaran.Keadaan ini memudahkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan dan memberi keselesaan kepada mereka.

Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO.I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM.Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota,malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah.Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru kepada pelajar.Dalam kursus komputer dalam pendidikan juga telah menggunakan LMS iaitu yahoo group,facebook group dan blog.

Antara perisian sumber terbuka untuk LMS ialah:


No comments:

Post a Comment