Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang semua..
Aktiviti kami pada minggu kedua adalah membuat akaun facebook yang baru sekiranya facebook yang sedia ada bukan nama sebenar.Saya tidak perlu buat kerana saya sudah mempunyai facebook yang betul iaitu http://www.facebook.com/solehah.razak.10.Apabila sudah mempunyai facebook yang lengkap,Pn.Nor Hafizah menyuruh kami tambah beliau dan Dr.Siti Fatimah sebagai kawan dalam facebook kami.Pn.Nor Hafizah juga menyuruh kami mencari pasangan untuk memudahkan kami membuat tugasan berpasangan.Saya telah memilih Siti Nur Qudsiyah sebagai pasangan kerja saya.Apabila sudah mempunyai pasangan,kami disuruh untuk mencipta satu facebook group untuk memudahkan kami berbincang tentang sukatan pembelajaran ini,malah ia juga boleh dijadikan satu tempat untuk memberi pendapat atau cadangan yang berkaitan dengan kursus ini.
Cara2 buat Facebook Group:
1.Login facebook terlebih dahulu,apabila sudah berada di paparan facebook anda,klik create group,
2.Paparan seterusnya akan keluar seperti dibawah,
*Anak panah merah perlu diisi nama kumpulan anda
*Anak panah ungu adalah untuk memilih logo kumpulan
*Bulatan merah adalah untuk memilih privasi kumpulan anda
3.Akhir sekali klik pada buat dan selesai
Selepas selesai semua tugasan tersebut,kami terus diberi tugasan baru iaitu perlu mencipta blog sendiri,ikhlas saya beritahu,saya pernah dengar apa itu blog tapi saya tak pernah buka dan kaji apa kegunaannya.Tetapi selepas ditunjuk ajar oleh Pn.Nor Hafizah tentang cara-cara membuat blog,saya akhirnya mencuba sendiri dan berjaya menghasilkannya.
Cara-cara membuat blog melalui Blogspot
1.Langkah pertama anda perlu cari laman web www.blogger.com,akan keluar paparan
2.Klik pada Daftar
3.Isi setiap kotak yang dibawah dan tekan Langkah seterusnya
Inilah hasil Blog yang saya cipta sendiri...
Kepada sesiapa yang sudi berkongsi ilmu dengan saya,silalah memberi komen anda di http://solehahrazak.blogspot.com/ .
No comments:
Post a Comment