Powered By Blogger

Wednesday 31 October 2012

Refleksi minggu ke-8

Assalamualaikum....Heloo3

Seperti yang dijanjikan pada minggu lepas,tugasan yang diberikan perlu dibentangkan kepada kawan-kawan sekelas yang lain dan juga Pn.Norhafizah.Kumpulan kami iaitu kumpulan 4 bergabung dengan kumpulan 3 iaitu kumpulan pimpinan  Pn.Siti Fatimah kerana Pn.Siti Fatimah kurang sihat dan tidak dapat hadir ke kelas.Setiap kumpulan membentangkan tugasan masing-masing dengan sempurna dan lancar.Pembentangn itu juga terdapat sesi soal jawab untuk memastikan kawan-kawan yang lain memahami setiap tajuk yang dibentangkan kerana mungkin bahan yang dibentangkan oleh kawan-kawan yang lain masuk dalam peperiksaan akhir.Alhamdulilah kerana saya dan Qudsiyah dapat membentangkan dengan baik walaupun terdapat kekurangan dalam pembentangan kami.Saya minta maaf jika ada kalangan anda yang kurang faham.Saya juga gembira apabila mendengar pembentangan tugasan kawan-kawan yang lain kerana banyak perkara baru yang saya perolehi.Kelas pada minggu ini juga masih bersifat santai..saya suka keadaan ini kerana bagi pendapat saya kelas yang santai begini lebih efektif kerana tidak tertekan.

Ingat tak minggu lepas saya ada beritahu yang Pn.Norhafizah menyuruh kami mencari maklumat tentang SPSS kerana minggu ini hendak bincangkan tentang tajuk ini???tetapi kami tak sempat hendak pelajarinya kerana kami tidak mempunyai masa yang cukup disebabkan masa yang diambil untuk pembentangan terlalu lama...Pn menangguhkan perbincangan tajuk tersebut pada minggu hadapan.Saya teruja untuk terus pelajari ilmu dalam kelas ini kerana ia membolehkan saya berkongsi ilmu tersebut dengan kawan-kawan yang tidak sertai kelas ini.Malah,inshaallah saya akan gunakan ilmu ini dalam pengajaran saya jika saya diberi peluang untuk mengajar di sekolah nanti seperti saranan Pn.Norhafizah.

JOM BELAJAR LAGI..



No comments:

Post a Comment